Jiwa@Komuniti Madani X Sambutan Perayaan Komuniti Madani Entulang

29 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2025, satu Program Komuniti MADANI telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama antara NADI Melugu dan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sri Aman. Program ini telah diadakan di RH Edward Anak Hoi, Entulang, dan mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

Sepanjang program berlangsung, Pengurus NADI Melugu, Cik Claudia Vica Bandan, telah menyampaikan taklimat ringkas bertajuk “Pelaksanaan Program Perkhidmatan Pintar di NADI”. Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kemudahan serta manfaat perkhidmatan pintar yang ditawarkan di pusat NADI.

Selain itu, sesi pendaftaran keahlian NADI turut diadakan, membolehkan penduduk yang hadir mendaftar sebagai ahli untuk menikmati pelbagai kemudahan dan program yang disediakan di bawah inisiatif NADI.

Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti, malah menyemarakkan semangat Malaysia MADANI melalui kerjasama dan penyampaian maklumat yang bermanfaat kepada rakyat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali